🚗👀"Masalah Silau Malam: Boleh Penyebab Berlakunya Kemalangan"

 


"Masalah Silau Malam: Boleh Penyebab Berlakunya Kemalangan"

"Serius la? Silau ja pun....Takkan sampai boleh jadi 'accident'. Bohong la.."

Mesti ramai yang berpendapat macam tu kan?. Sebab orang akan fikir, 'setakat silau ni, takkan la boleh jadi penyebab berlaku kemalangan'. Tak logik la orang kata.

Salah tu. Kalau boleh jangan ada langsung pemikiran macam tu. Bukan apa. macam orang putih kata, 'Don't Judge Book, By It Covers". Tapi apa kaitan peribahasa ni dengan persoalan tadi? Okey, jom kita selusuri satu persatu berkaitan tajuk kat atas ni.

🚗💡 Kenapa Min boleh kata, Masalah Silau Malam Mungkin Penyebab Kemalangan?

Contoh: Bila anda memandu kereta/moto terutamanya pada waktu malam, pernah dak tiba-tiba ada lampu kereta suluh mata? Tambah-tambah yang tiba-tiba guna lampu tinggi, Ada tak rasa susah fokus? Mesti pernah kan? Itulah keadaan dimana anda telah mengalami kesan silau.

"Alaaa.. sembang ja."

"Semua orang pernah kena macam tu."

Tak mau percaya lagi, nah min senaraikan pulak faktor atau punca silau malam,

1. Pencahayaan dari Kenderaan Lain.

Pantulan cahaya yang terlalu terang dari lampu kenderaan atau lampu dari jalan raya kebiasaaanya boleh mengganggu pandangan mata ketika memandu, menimbulkan rasa was-was, dan meningkatkan risiko untuk berlaku kemalangan.

2. Keletihan Mata.

Sakit kepala, rasa gatal atau terbakar dan pandangan mula rasa kabur juga adalah merupakan tanda-tanda mata letih dan seterusnya menjadi penyebab, tidak boleh fokus ketika memandu.

3. Masalah Kesihatan Mata Yang Lain.

Gangguan mata seperti rabun tua, katarak dan Glaukoma mata juga dapat meningkatkan risiko silau ketika waktu malam.

"Jadi bahaya tak? Bila ada tanda-tanda macam ni?"

"Mestilah bahaya."

Sebab tu Min cakap, 'Don't Judge Book, By It Covers'. Apa-apa pun selidik dulu. Jangan terus 'hentam kromo' orang kata. 

Bukan apa, bila dah terkena baru nak menyesal. Tapi "Nauzubillah Min Zalik (Ù†َعُÙˆْذُ بِاللهِ Ù…ِÙ†ْ ذٰÙ„ِÙƒَ)-Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (buruk)." Kalau boleh, kita minta Allah jauhkan benda -benda macam ni.

Tapi jangan risau. Setiap masalah mesti ada solusi, kecuali mati. Jadi, Min berbesar hati nak share bagi korang, tips untuk atasi masalah ni. 


🚦 Mengatasi Risiko Kemalangan akibat Silau Malam.

- Pastikan cermin kenderaan depan dalam keadaan bersih.
- Gunakan spek mata anti-silau. *Spek mata boleh membantu mengurangkan silau sebanyak 40%*
- Elakkan melihat secara terus ke arah lampu kenderaan yang terlalu dekat.


Kesimpulannya, Masalah Silau Malam boleh memberi kesan buruk jika kita tidak mengatasinya dengan segera. Jika anda mula rasa tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa dengan Pakar Mata untuk mengetahui tahap silau mata anda dengan lebih terperinci. Dengan itu, kita dapat mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk mengatasi kecenderungan untuk berlaku kemalangan akibat masalah silau.

Chuppp!!!

One Optometry tengah ada PROMO untuk SPEK SILAU MALAM ni, Kalau korang nak, tekan ja link dekat Posting!!!

OKEY? ðŸ‘Œ

Comments