πŸŒ™πŸ‘€ Mengapa Mata Kita Turut Silau di Malam Hari??

 


"Mengapa Mata Kita Silau di Malam Hari?

Pernah tak hadapi keadaan macam ni? Terutamanya ketika memandu di waktu malam?

Mesti pernah kan?? 

Sebab boleh dikatakan 70% dikalangan kita banyak yang menghadapi masalah macam ni.

Tapi tak tahu pun punca kenapa mata kita boleh jadi silau ketika waktu malam? Sebab selalu orang cakap silau time siang ja. Tak taw la pulak malam pun  boleh jadi silau.

Pelik kan? Okey Jom Min terangkan.

1.πŸŒ™ Faktor Fenomena Adaptasi Cahaya.

Silau malam terjadi bila berlakunya adaptasi cahaya. Tapi apa maksud adaptasi cahaya?.

Jap min nak terang secara terperinci.

Fenomena Adaptasi Cahaya berlaku apabila mata kita beralih dari tempat yang terang ke kawasan yang gelap, dimana mata kita memerlukan waktu untuk menyesuaikan diri. Anak mata, hitam di tengah mata, mula membesar untuk menangkap lebih banyak cahaya. Itulah yang disebut sebagai proses adaptasi cahaya.

2. πŸ‘€ Mata berasa tidak selesa.

Selepas berlakunya adaptasi cahaya, mata akan mula menunjukkan rasa silau atau terganggu. Keadaan ini adalah normal dan merupakan tindak balas yang dialami terhadap perubahan cahaya di sekitar kita.

3. 🚦 Faktor Lampu Jalan & Lampu Kenderaan

Ini jugak merupakan faktor utama terjadinya masalah silau malam. Lampu jalan, lampu dari kenderaan lain bahkan cahaya dari layar peranti elektronik di dalam kereta jugak dapat mempengaruhi keadaan mata di malam hari. Faktor-faktor ini secara tidak langsung akan menambah kepada masalah silau yang tinggi.

Tapi macam mana nak elak? Dah semua benda ni setiap hari kena hadap?

Haa.. Jangan risau. Ni Min sertakan tips untuk kurangkan masalah ni. 

πŸ”† Tips Mudah untuk Meredakan Silau:

1.Rehatkan mata seketika.


Jika mata terasa silau, rehatkan mata seketika dengan menutup mata.




Boleh buat Rule 20-20-20.



2. Penggunaan Cermin Mata Anti Silau Malam 

 

Penggunaan cermin mata anti silau malam juga berperanan untuk mengurangkan sebanyak 30% masalah silau yang terjadi ketika waktu malam.


Yang pasti, tips yang Min berikan hanya sekadar untuk mengurangkan masalah silau malam sahaja. Hal ini kerana, silau yang terjadi akibat tindak balas dari adaptasi cahaya, adalah NORMAL.

πŸ‘️ Pentingnya Pemeriksaan Mata

Jika masalah silau semakin berlanjutan serta mengganggu penglihatan mata, anda boleh rujuk dengan Pakar Mata atau Optometrist yang bertauliah. Pemeriksaan mata secara terperinci secara tidak langsung dapat membantu menilai apakah ada masalah yang perlu dirawat.

Dapat tak dapat? 

Nak rujuk dengan Optometrist One Optometry, boleh tekan link di posting!


Comments